fbpx

Lebih 1.1 juta akaun terjejas akibat henti tugas empat LPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 di tujuh wilayah akan mengalami gangguan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Pembersihan Air (LPA) tengah malam tadi.

Ini meliputi Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd, Elina Baseri berkata, penutupan LPA Sungai Selangor fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai
Selangor pukul 2 pagi.

Katanya, tindakan segera telah dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari untuk proses pencairan dan mengeluarkan bahan pencemaran terdapat di dalam Sungai Selangor.

Selain itu, pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari juga dilakukan bagi tujuan sama.

“Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi
pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

“Sehingga jam 6.30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Justeru, Elina memberitahu, pemulihan setakat jam 2 pagi tadi untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80 peratus.

Ujarnya, bagaimanapun insiden pencemaran bau itu yang melibatkan loji sama menyebabkan pemulihan kawasan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah diumumkan semalam.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid- 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini  dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

“Lori-lori tangki telah digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” katanya.

Jelas beliau, para pengguna yangmemerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi talian 15300.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh sebulan keempat-empat LPA ini dihenti tugas dengan sebelum ini akibat pencemaran di Sungai Gong, September lalu yang berpunca daripada kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI