fbpx

Johor bentang pelan pembukaan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (kanan) membentangkan pelan Kerajaan Negeri berhubung pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-Singapura kepada Pusat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor telah membentangkan pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-Singapura kepada Kerajaan Pusat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang berlangsung hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu khusus membincangkan mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Johor.

“Kerajaan negeri amat menghargai peluang yang diberikan dan antaranya telah membentangkan pelan kerajaan negeri untuk pembukaan semula sempadan Johor dan Singapura bagi melonjakkan kembali ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Di Johor, kita telah bersedia dengan keupayaan untuk menjalankan ujian saringan sebanyak 10,000 hingga 30,000 sehari melibatkan sembilan makmal swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan,” katanya dalam hantaran facebook hari ini.

Pada minggu lalu, Hasni memaklumkan, satu pelan khusus mengenai keperluan membuka segera sempadan Malaysia-Singapura akan dibentangkan kepada kerajaan dalam mesyuarat EAC.

Pembentangan itu bukan sahaja menyentuh mengenai keperluan membuka sempadan, tapi juga melihat kepada sudut mereka yang bekerja, kesan terhadap pelaburan di Johor serta mereka yang berhasrat untuk masuk melabur di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI