fbpx

Jual susu badan, guru raih lebih RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE, Florida – Seorang guru sekolah rendah meraih pendapatan AS$19,370 (RM80,370) tempoh setahun dengan hanya menjual susu badan sendiri secara online.

Julie Dennis, 32, menjual susu badan pada harga 90 sen (RM3.70) untuk kira-kira 30 mililiter sejak Ogos tahun lalu, lapor portal Mirror UK kelmarin.

Dia memperoleh idea itu selepas menjadi ibu tumpang dan melahirkan bayi kepada satu pasangan suami isteri. Mereka berhenti memerlukan susu badannya selepas enam bulan.

“Saya menjual susu badan menerusi Facebook untuk keluarga yang memerlukan atau ibu yang ada masalah menghasilkan susu badan untuk anak.

“Nampak seperti mudah, mengepam dan menyimpan susu badan tetapi ia sebenarnya seperti satu pekerjaan sepenuh masa,” katanya.

Tambah Dennis, dia berasa rugi sekiranya tidak memanfaat kelebihan memiliki rahim yang kuat dan keupayaan penghasilan susu badan untuk menambah pendapatan bulanan.

Ramai pengguna media sosial mengecam wanita itu kerana mengaut keuntungan cara mudah.

“Percuma jika susu keluar dari badan mereka sendiri. Memandangkan saya perlu memberi komitmen mengepam susu dan makan makanan berkhasiat untuk penghasilan susu terbaik, ini satu situasi yang menang-menang,” tegasnya.

Dennis mampu menghasilkan 443 liter susu badan sebulan dan menyimpan bekalan di dalam peti sejuk beku.

Susu badan akan dikirim dalam kotak khas berisi pek ais kering mengikut permintaan pelanggan.

Dennis berkata, wang hasil jualan susu badannya itu disimpan sebagai persediaan jika keluarganya ditimpa bencana atau musibah. – Agensi