fbpx

Hampir sejuta tonton konsert online BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS

JIKA sudah namanya BTS, buatlah apa sahaja, pasti akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat. Terkini ialah penganjuran konsert dalam talian mereka berjudul BTS Map Of The Soul On: E.

Seperti memetik laporan Soompi, penganjuran konsert yang dianjurkan pada hujung minggu lalu selama dua hari berturut-turut tersebut telah mendapat sambutan cukup luar biasa.

Hal ini kerana jumlah tontonan untuk dua hari penganjuran konsert tersebut mencatat seramai 993,000 penonton dari 191 buah negara seluruh dunia.

Konsert dalam talian tersebut menyaksikan BTS menyampaikan lagu-lagu daripada album terkini mereka, Map Of The Soul: 7 selain lagu hit, Dynamite.
Mengikut perancangan awal, penganjuran konsert berkenaan dijadualkan berlangsung secara dalam talian dan fizikal dengan jumlah penonton yang sangat terhad.

Bagaimanapun, situasi Covid-19 yang cukup membimbangkan ketika ini membuatkan pihak pengurusan terpaksa membatalkan perancangan konsert fizikal atas faktor keselamatan dan kesihatan umum.

Menariknya, penganjuran konsert dalam talian tersebut menggunakan teknologi AR (Augmented Reality) dan XR (Extended Reality) yang membolehkan peminat muncul dalam skrin dan suara mereka didengari ketika persembahan berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI