fbpx

Ardern kekal Perdana Menteri New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ardern

WELLINGTON – Jacinda Ardern berjaya mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand bagi penggal kedua apabila mendapat undian majoriti tertinggi dalam pilihan raya negara itu sebentar tadi.

Ardern yang mewakili Parti Buruh mendapat majoriti 49.9 peratus daripada keseluruhan 87 peratus undian yang dikira, menjadikan ia jumlah tertinggi yang pernah diperoleh mana-mana parti negara itu sejak sistem politik diperkenalkan pada tahun 1996, lapor portal berita CNN.

“Malam ini, New Zealand memberikan sokongan terbaik kepada Parti Buruh dalam tempoh 50 tahun ia ditubuhkan.

“Saya berjanji, kami akan menjadi parti yang berkhidmat untuk semua rakyat New Zealand,” kata Ardern dalam ucapan kemenangannya pada hari ini.

Kejayaan Ardern mengekalkan jawatan Perdana Menteri dipercayai disebabkan keberhasilan wanita itu mengekang penularan wabak Covid-19 di New Zealand baru-baru ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI