fbpx

12 tahanan lokap jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokap transit Balai Polis Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan dekat sini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seramai 12 tahanan reman di lokap transit Balai Polis Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan dekat sini telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas kesemua tahanan terbabit termasuk seorang daripadanya ialah kontak rapat kepada tahanan yang disahkan positif pandemik itu Khamis lalu.

Menurutnya, kesemua tahanan terbabit akan dipindahkan ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS) sekiranya ujian tersebut menunjukkan keputusan negatif.

“Mereka (tahanan reman) termasuk seorang kontak rapat berada di lokap transit bersama seorang tahanan yang positif Covid-19. Mereka telahpun disaring pada 15 dan 16 Oktober lalu.

“Sekiranya keputusan yang diperoleh adalah positif, kesemua tahanan terbabit akan menerima rawatan di hospital,” katanya kepada Kosmo! di sini petang tadi.

Sahabudin memberitahu, kes positif Covid-19 membabitkan seorang tahanan lokap adalah yang pertama dicatatkan polis kontinjen Pulau Pinang.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 33 kes positif Covid-19 baharu di negeri termasuk satu kes melibatkan tahanan lokap polis. – K! ONLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI