fbpx

Sukarelawan dicari bantu tangani pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan kini mencari sukarelawan perubatan dan kesihatan yang berminat untuk menyumbang tenaga bagi membantu negara menangani gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian memerlukan sukarelawan bagi pelbagai jawatan termasuk doktor perubatan, pegawai sains mikrobiologi, pegawai kesihatan persekitaran dan jururawat.

Beliau berkata, sukarelawan lain yang diperlukan termasuk penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, juruteknik makmal perubatan, juru X-ray dan pembantu kesihatan awam.

“Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah bagi menjalankan perkhidmatan saringan suhu dan simptom di fasiliti kesihatan, pintu masuk antarabangsa dan stesen kuarantin.

“Mereka juga diperlukan untuk membantu siasatan kontak dan pengambilan sampel Covid-19 di lapangan selain penjagaan dan rawatan pesakit di hospital,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, antara syarat-syarat yang diperlukan bagi menyertai khidmat sukarelawan ini adalah berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon serta cergas secara fizikal dan mental.

Noor Hisham berkata, mereka juga perlu sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan dan tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam tempoh 14 hari.

Sukarelawan yang ingin berbakti boleh melengkapkan maklumat dan permohonan di pautan https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: [email protected]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI