fbpx

Istana Negara tangguh sesi menghadap untuk Mat Sabu dan Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dijadualkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini dan 21 Oktober namun sesi tersebut telah ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata penangguhan itu dimaklumkan Setiausaha Sulit Kanan baginda.

“Kami telah dititah untuk menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada hari Rabu, 14 Oktober untuk Lim Guan Eng dan pada hari Rabu, 21 Oktober untuk Mohamad Sabu.

“Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa
kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan berjumpa dengan ketua-ketua parti politik dalam masa terdekat untuk mengesahkan sokongan majoriti Ahli Parlimen terhadap beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI