fbpx

Sembilan bot nelayan Vietnam dilupus jadi gugusan Tukun Segantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu bot nelayan Vietnam yang dilupuskan sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Susu Dara dekat Besut oleh APMM Terengganu hari ini.

BESUT – Maritim Malaysia (APMM) menenggelamkan sembilan bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak di perairan Pulau Susu Dara dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua sembilan bot nelayan Vietnam berkenaan dilupuskan untuk menjadi tukun tiruan di perairan tersebut.

“Gugusan tukun tiruan itu telah dinamakan sebagai Tukun Segantang sebagai penghargaan terhadap Kapal Maritim (KM) Segantang yang pernah digunakan sebagai aset terpenting APMM di perairan Terengganu.

“Operasi APMM menggunakan KM Segantang berjaya menangkap 80 nelayan asing yang mencerobohi perairan negara sepanjang lima tahun tempoh perkhidmatannya sebelum dipulangkan semula kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 10 Jun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyaksikan pelupusan semua bot nelayan Vietnam terbabit yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Peladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim.

Muhammad Suffi berkata, pelupusan bot nelayan Vietnam itu menunjukkan ketegasan kerajaan untuk memelihara kedaulatan perairan negara daripada pencerobohan nelayan asing.

Beliau berkata, APMM telah menenggelamkan 155 bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah di sekitar perairan Terengganu sejak tahun 2006,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI