fbpx

Anwar tidak serah senarai nama Ahli Parlimen didakwa sokongnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bergambar dengan Al-Sultan Abdullah selepas mengadap baginda di Istana Negara pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya pada pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi tadi.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya pada pertemuan yang berlangsung pada pukul 11 pagi itu.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien di sini mendakwa telah menyerahkan dokumen rasmi membabitkan Ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Al-Sultan Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI