fbpx

Pas Sabah lantik pegawai khas beragama Kristian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliakbar. - Foto IHSAN PAS SABAH

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan melantik seorang pegawai khas beragama Kristian, Herman Obi, 24, bagi menjaga hubungan antara kaum di negeri ini.

Aliakbar berkata, pelantikan Herman itu diyakini dapat memperkukuh lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

“Herman memiliki latar belakang yang bagus. Dia berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Selain itu, Beliau juga memegang jawatan Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Sabah dan ahli DHPP sejak 2016.

“Oleh itu, kita yakin pelantikan ini Hal ini juga sekaligus membuktikan kesungguhan Pas Sabah membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Aliakbar turut bersetuju melantik Amiruddin Mohd Rosdi sebagai Setiausaha Akhbar, Mohd. Nasir Morni selaku Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dan Syamsul Ma’arif Suardi sebagai Pegawai Media. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI