fbpx

Lelaki gelang pink ingkar kuarantin dikesan di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki gelang pink yang hadir di sebuah stesen minyak ditegur oleh seorang petugas kesihatan dalam kejadian di Bukit Tinggi, Klang semalam.

KLANG – Pengunjung di sebuah stesen minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini gempar dengan kehadiran seorang lelaki memakai gelang merah jambu yang disyaki masih dalam tempoh kuarantin, semalam.

Kehadiran lelaki berusia 30an kira-kira pukul 7.24 petang itu mencetuskan kebimbangan kerana Bukit Tinggi antara kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian tersebut disedari pihaknya selepas penularan sebuah video berdurasi satu minit dan empat saat di media sosial.

“Berdasarkan video tersebut mendapati berlaku insiden tegur-menegur antara seorang wanita yang merupakan petugas kesihatan dengan lelaki terbabit yang dilihat memakai gelang merah jambu disyaki masih dalam kuarantin.

“Tangkapan akan dilakukan setelah mendapat pengesahan status saspek bebas Covid-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil pemerhatian Kosmo! berdasarkan video tular itu mendapati lelaki itu yang berada di bawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Dirumah (HSO) mendakwa telah tamat tempoh kuarantin 14 hari.

Lelaki juga turut singgah di stesen minyak itu bagi mengisi minyak keretanya.

Bagaimanapun, salah seorang pengunjung memaklumkan perlu membuktikannya dengan membuat pemeriksaan dan memotong gelang tersebut terlebih dahulu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI