fbpx

Kereta jadi stor simpanan arak, rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK berusia 43 tahun yang ditahan bersama arak dan rokok seludup bernilai RM44,056 di Jalan Tasek, Seri Alam dekat sini semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan bersama 192 arak dan 167 karton rokok yang diseludup bernilai RM44,056 di depan sebuah pasar raya di Jalan Tasek, Seri Alam dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, suspek ditahan pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, arak dan rokok karton seludup itu ditemui dalam dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah Toyota Vios.

“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan kedua-dua kenderaan itu sebagai tempat penyimpanan barangan berkenaan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM111,056. Suspek serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Dimin, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Beliau turut menyeru kerjasama orang awam dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan untuk mengekang barangan terlarang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI