fbpx

Polis cari saksi kes kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang hancur dalam kemalangan maut di Jalan Kapar - Jalan Tok Muda di sini semalam.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Polis mengesan saksi kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal warga emas di persimpangan Jalan Kapar-Jalan Tok Muda di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang, mangsa berusia 68 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa menunggang motosikal jenis Honda 125 dalam perjalanan ke Kuala Selangor dari Kapar.

“Mangsa dikatakan berlanggar dengan sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti dari arah bertentangan yang memasuki simpang di Jalan Tok Muda.

“Mangsa yang maut di lokasi kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Fadli Ismail di talian 017-214 1318 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI