fbpx

MB Selangor pengerusikan MKN negeri esok berhubung PKPB Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan Amirudin di laman Twitternya.,

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mempengerusikan Mesyurat Majlis Keselamatan Negeri Selangor (MKN) Selangor esok berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau dalam ciapan twitter rasminya memaklumkan kerajaan negeri mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKPB itu.

“Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang,” ciapnya.

Sementara itu, Sekretariat Akhbar Pejabat Datuk Menteri Besar dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan perbincangan mesyuarat itu meliputi menentukan parameter kawasan terlibat PKPB.

“Tatacara prosedur standard operasi (SOP) untuk PKPB yang terpakai dahulu akan diperhalusi dan dilengkapkan selesai mesyuarat bersama semua agensi, jabatan, dan badan berkaitan.

“Perkara-perkara berbangkit yang lain akan turut dimuktamadkan.Sebarang sebaran berkenaan SOP Daerah Klang saat ini adalah tidak muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat pelarasan MKN kelak,” katanya.

Terdahulu, kerajaan akan melaksanakan PKPB di empat kawasan zon merah termasuk di Klang, Selangor selain di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah selama 14 hari berkuat kuasa Jumaat ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPB ini adalah bagi membendung penularan Covid-19 di empat kawasan berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilakukan dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI