fbpx

JKNS hadkan operasi kereta api sepanjang PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaunter tiket di JKNS ditutup berikutan pelaksanaan PKPB bagi daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Perkhidmatan kereta api bagi laluan Kota Kinabalu ke Beaufort dihentikan sementara waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Leonard Poyong berkata, pihaknya mengambil ketetapan itu walaupun PKPB hanya membabitkan tiga daerah sahaja iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

“Hal ini berikutan perkhidmatan kereta api adalah merentasi sempadan daerah. Bagaimanapun, perkhidmatan keretapi antara Beaufort ke Tenom masih diteruskan bagi membolehkan penduduk setempat mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan asas lain di pekan berhampiran namun dilaksanakan dengan kekerapan dan destinasi terhad.

“Perkhidmatan kereta api antara Beaufort- Halogilat dihadkan kepada dua kali sehari, bagi pergi dan balik pada sebelah pagi dan petang manakala perkhidmatan kereta api antara Tenom-Rayoh turut dihadkan kepada dua kali sehari untuk pergi dan balik pada sebelah pagi dan petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkhidmatan ‘School Train’ akan dihentikan sekiranya semua sekolah diarahkan tutup

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan PKPB di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula 7 sehingga 16 Oktober sebagai langkah mengatasi penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat mendadak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI