fbpx

Usaha sama Digital Perak, Lazada tawar peluang perniagaan kepada usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Lebih 2,300 peniaga di negeri Perak bakal meneroka ­peluang perniagaan lebih ­meluas melalui pelancaran kempen ­Support Perak, Moh Belanja yang dijayakan bersama Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) dengan Lazada Malaysia (Lazada).

Ketua Pegawai Eksekutif ­Digital Perak, Meor Rezal Fitri Datuk Meor Redwan berkata, kerjasama tersebut adalah lanjutan daripada pemeteraian­ memorandum persefahaman­ antara kedua-dua pihak me­nerusi­ inisiatif SMART ­Niaga@Perak pada Mei lalu.

Menurut beliau, kerjasama itu adalah untuk menyediakan ­laman mikro e-dagang khusus bagi kumpulan peniaga berkenaan.

“Langkah ini dapat membantu memulihkan semula ekonomi usahawan dengan menggalakkan dan mentransformasikan ­­operasi konvensional secara fizikal ­kepada platform digital.

“Peniaga yang menyertai ­program ini dikhususkan ­kepada mereka yang berdaftar dengan SMART Niaga@Perak, tetapi kita masih lagi membuka penyertaan secara percuma kepada ­mana-mana peniaga yang berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian ­kepada pemberita selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa­ ­Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul ­Shahril Mohamed.

Turut hadir Naib Presiden Lazada bagi Dasar Awam & HaI-Ehwal Kerajaan, Shahrul Azhar Shaari.

Kempen yang berlangsung ­sehingga hujung tahun ini dijangka dapat melonjakkan peningkatan­ peniaga tempatan sehingga 200 peratus.

Meor Rezal Fitri menerangkan, kerjasama antara Lazada ­dengan Digital Perak ini akan memperkukuh usaha bagi ­membantu sektor perniagaan tempatan mengatasi cabaran pendigitalan mereka.

Tambah beliau, tiga jenis ­perniagaan yang menjadi ­penyumbang terbesar ­program tersebut ialah makanan, ­elektronik dan aksesori.

“Selain itu, Digital Perak ­turut menyediakan latihan dan ­bimbingan kepada peniaga untuk memahirkan diri mereka ­dengan aplikasi digital dan platform ­e-dagang,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI