fbpx

Rasuah tender: Bekas KPSU ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) salah sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah bagi satu tender kementerian berjumlah RM118 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun yang kini menjawat jawatan pengarah di sebuah pusat latihan ditahan semalam ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Beliau disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender membekalkan baja di kementerian terbabit.

Difahamkan tender tersebut telah diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh dua tahun dari 2019 hingga 2020.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI