fbpx

Tronserve tawar khidmat bina laman web pada kos berpatutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Tronserve (M) Sdn. Bhd. mengunjurkan laman web berkonsepkan DIY (do it yourself) yang dibangunkannya bakal dilanggan oleh kira-kira dua juta pelanggan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Arash Abdullah berkata, laman web itu akan menjadikan pelanggannya yang terdiri daripada individu dan usahawan me­ningkatkan daya saingnya seiring perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0).

Menurut beliau, laman web yang dibangunkan anak tempatan dalam tempoh dua tahun itu ditawarkan pada harga berpatu­tan berbanding kos yang menelan ribuan ringgit jika dibangunkan oleh konsultan luar.

“Hanya dengan kos serendah RM30 sebulan, orang ramai boleh memiliki laman web berkonsepkan DIY yang mesra alam dan sangat bersesuaian untuk kumpulan pelanggan yang kurang mahir dalam bidang teknologi maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran platform laman web berkonsepkan DIY dan aplikasi mesyuarat maya pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Tronserve Link di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas Tronserve, Datuk Allan Goh.

 

Arash menjelaskan, bagi individu, laman web tersebut boleh dijadikan platform terbaik untuk mencari peluang pekerjaan de­ngan lebih mudah dan berkesan serta menimba ilmu kerana ia menawarkan peluang serta ruang kepada tenaga pekerja bertukar bahan pembelajaran secara online.

“Laman web ini juga bersesuaian untuk golongan usahawan kecil dan sederhana untuk mempromosikan dan menjalankan transaksi perniagaan bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum.

“Ia juga boleh dijadikan sebagai direktori untuk meningkatkan imej PKS dengan memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai syarikat,” ujarnya.

Tambah beliau, laman web tersebut memiliki ciri e-dagang yang selamat bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi pembayaran selain fungsinya juga tidak terhad untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berbanding menggunakan platform Instagram dan Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI