fbpx

STL 2020: Johor Tigris bergelut tewaskan PDRM Defenders

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN STL 2020 terpaksa ditunda selepas seorang pegawai PSM mempunyai hubungan rapat dengan individu dijangkiti Covid-19. - Gambar hiasan

ASUKAN Johor Tigris berhempas pulas sebelum meraih kemenangan ke atas pasukan PDRM Defenders pada aksi Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Perdana di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur petang semalam.

Pada aksi itu, pasukan Johor gagal tampil cemerlang pada set pertama apabila dikejutkan de­ngan keputusan 24-25. Tersentak dengan keadaan itu, Johor yang tertekan membawa masuk apit kiri terbaiknya, Muqlis Borhan untuk membantu pasukan.

Kemasukan Muqlis nyata mengubah rentak permainan Johor sebelum kembali meraih kemenangan 21-18. Pada set ketiga, PDRM Defenders seakan-akan menyerah dan gagal bangkit sebelum tewas 21-6.

“Strategi pasukan memang saya tidak dimasukkan lebih awal. Tetapi saya akui pada set pertama perlawanan tidak berapa menjadi menyebabkan PDRM tampil cemerlang.

“Pada set kedua, saya lihat pasukan berjaya kembali dengan corak permainan lebih baik. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan permainan pasukan dan kami telah tunjukkan permainan cukup baik,” kata Muqlis sejurus tamat perlawanan.

Pada aksi kelmarin, Johor gagal mengekang asakan pasukan KL Thunder selepas tewas de­ngan keputusan 1-2. Hasil keputusan tersebut, KL Thunder kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan STL musim ini.

Dalam pada itu, pasukan Ne­geri Sembilan Antlers melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan Selangor Piston 21-12, 21-6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI