fbpx

Kejohanan PUBG DME cukup meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN DME terpaksa akur menjadi naib juara kejohanan PUBG DME selepas tewas kepada ESDK Reviens kelmarin.

Danger Mawar Esports berjaya tarik penyertaan 150 pasukan seluruh negara

KEJOHANAN PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG) edisi ke-3 anjuran Danger Mawar Esport (DME) yang berakhir kelmarin berlangsung cukup meriah selepas berjaya menarik minat lebih 150 pasukan untuk bertanding.

Pengasas DME, Nor Amylia Zul Azam mengakui sangat teruja apabila saingan yang dianjurkan itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan meskipun ia dianjurkan secara online (atas talian) sepenuhnya.

“Saya sangat berpuas hati apabila kejohanan PUBG edisi ke-3 yang dianjurkan DME mampu menarik minat lebih 150 pasukan e-Sukan seluruh negara untuk mengambil penyertaan.

“Namun, atas kapasiti yang terhad kami hanya membuka 64 slot sahaja yang mana pe­ringkat kelayakan telah berlangsung secara online dan disiarkan menerusi laman Facebook DME selama empat hari bermula 25 hingga 28 September lepas.

“Pusingan final pula telah dilangsungkan pada 2 hingga 3 Oktober dan persaingan yang ditunjukkan oleh setiap pasukan cukup kompetitif selain menampilkan semangat kesukanan yang tinggi.

“Justeru, saya percaya objektif untuk memperkenalkan jenama DME dalam arena e-Sukan tanah air berjaya dilaksanakan.

“Namun, saya tidak boleh terlalu berpuas hati dan mahu terus pandang ke depan kerana kini saya dalam perancangan untuk menganjurkan kejohanan terbuka secara offline.

“Harapan saya untuk me­ngumpulkan setiap pasukan yang bertanding dalam kejohanan anjuran DME di satu venue tetapi segalanya akan diputuskan kemudian,” kata Nor Amylia atau mesra dipanggil Mawar yang juga seorang ahli perniagaan kepada Kosmo! semalam.

NOR AMYLIA atau mesra dipanggil Mawar.

Kejohanan PUBG edisi ke-3 anjuran DME itu menawarkan ha­diah sebanyak RM2,020 kepada empat pasukan yang menduduki tangga teratas carta liga yang menyaksikan juara menjadi milik pasukan ESDK Reviens.

Skuad ESDK Reviens yang mengumpul 91 markah dengan dua kemenangan Winner Winner Chicken Dinner telah dinobatkan sebagai juara edisi kali ini selepas menewaskan DME MV di tempat kedua, Riverboss (ketiga) dan Nofear GX (keempat).

ESDK Reviens menjadi juara kejohanan PUBG DME selepas meraih dua kemenangan Winner Winner Chicken Dinner.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan keluarga, jurulatih dan pasukan pengurusan ESDK yang sentiasa mendorong kami untuk tampil cemerlang pada setiap kejohanan yang disertai.

“Untuk saingan kali ini, persaingan sangat sengit diberikan oleh pasukan lain menjadikan kami lebih berhati-hati.

“Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan kejohanan yang tersusun rapi dan berjalan lancar,” kata jurucakap ESDK Reviens yang diwakili pemain de­ngan gelaran Magix, Xpert, iFame, Rush dan Franky.

DME sebagai penganjur turut memanggil pengulas e-Sukan terkenal, Mohd Al Adzim Mohd. Ghazali (Wyre7 TV) pada pusi­ngan final dan Muhammad Ikhmal Hakim Mohd. Rosli (Kechikhemal) bagi peringkat kelayakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI