fbpx

NUBE gesa bank sambung beri moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) menggesa bank-bank di Malaysia memberi semula moratorium bayaran pinjaman secara keseluruhan kepada ahli persatuan itu dan golongan berpendapatan rendah berikutan ancaman pandemik Covid-19.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata, langkah itu tidak akan merugikan pihak bank kerana ia hanya membabitkan penangguhan pembayaran dan bukan pelupusan pinjaman.

“Ramai ahli NUBE dan pelanggan bank memerlukan penangguhan ke atas pembayaran balik pinjaman peribadi, kenderaan dan perumahan.

“Kerajaan harus segera memperolehi persetujuan bank melaksanakan moratorium keseluruhan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.

“Kemudahan sama harus juga diberikan kepada syarikat-syarikat yang terus terkesan akibat kemelesetan ekonomi kerana Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Soloman berkata, moratorium keseluruhan terhadap pinjaman bank itu bagaimanapun tidak harus melibatkan sebarang caj tambahan seperti faedah terakru dan faedah kompaun.

Jelas beliau, moratorium bersasar mempunyai beberapa kelemahan ketara kerana ia mengecualikan mereka yang bekerja walaupun mereka dibelit dengan kesulitan kewangan yang serius.

Tambah beliau, tindakan bank memerlukan pelanggan memohon moratorium bersasar secara dalam talian pula menimbulkan kekangan dalam kalangan mereka yang tidak celik komputer.

Kata beliau, mereka yang perlu hadir di bank dan terpaksa beratur lama berhadapan kesulitan kerana mematuhi prosedur operasi standard dan cara mudah mengatasinya melaksanakan semula moratorium keseluruhan.

“NUBE berharap kerajaan dan bank tidak akan memaksa ahli kami dan keluarga berpendapatan rendah membayar semula pinjaman mereka walaupun menyedari golongan ini masih terjejas dan dihimpit pelbagai kesulitan akibat Covid-19.

“Mereka terpinggir daripada moratorium pinjaman bersasar yang diperkenalkan bulan ini kerana terma dan syarat-syarat yang tidak mengambil kira permasalahan mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI