fbpx

Kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Semua kemasukan pelajar antarabangsa baharu ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan bulan Oktober ditangguhkan sehingga 31 Disember depan.

Penangguhan itu juga terpakai bagi semua pelajar asing sedia ada yang sudah mendapat kelulusan dari Jabatan Imigresen (JIM).

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangguhan itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal bersemuka pelajar kemasukan Oktober ini.

“Jabatan ini juga difahamkan bahawa KPT telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI