fbpx

Perdana Menteri mempengerusi mesyuarat khas pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra di sini pagi tadi.

Turut hadir dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri itu ialah Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mesyuarat tersebut juga dihadiri Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes baharu Covid-19 yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 287 iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI