fbpx

Operasi sekolah seperti biasa sepanjang larangan rentas daerah di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua pejabat dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan kementerian di seluruh Sabah beroperasi seperti biasa kecuali di empat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

KPM dalam satu kenyataan berkata, makluman itu dikeluarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah yang berkuat kuasa hari ini sehingga 16 Oktober depan.

Menurutnya, dalam hal ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri telah memberi kebenaran khas kepada KPM bagi membolehkan semua pegawai, guru dan kakitangan yang tinggal di luar daerah tempat bertugas dibenarkan merentas daerah supaya operasi institusi tidak terjejas.

“Bagi tujuan ini, Ketua Jabatan akan mengeluarkan surat arahan hadir bertugas kepada pegawai, guru dan kakitangan yang tinggal di luar daerah tempat bertugas.

“Surat kebenaran khas juga akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid yang tinggal di luar daerah sekolah bagi membolehkan murid merentas sempadan daerah untuk hadir ke sekolah,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pengoperasian institusi pendidikan di daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna adalah tertakluk kepada PKPDB secara pentadbiran yang bermula pada 29 September lalu hingga 12 Oktober ini.

Selain itu, katanya, sebanyak 209 buah sekolah kerajaan dan swasta di bawah KPM di empat daerah berkenaan telah ditutup berikutan pelaksanaan PKPDB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI