fbpx

Jamming Hot Live kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Jamming Hot LIVE kembali menemui peminat bermula 5 Oktober nanti.

STESEN radio Hot FM kini kembali menghangatkan penstriman digital melalui Jamming Hot LIVE, sebuah kandungan digital yang paling disukai dan ditonton peminat Hot FM.

Dengan jumlah yang mampu mencapai hampir sejuta tontonan, Hot FM memutuskan untuk menganjurkan kempen Jamming Hot LIVE sebagai satu kesinambungan buat Jamming Hot atas permintaan pendengar Hot FM. 

Jamming Hot LIVE bakal menampilkan barisan artis hebat tanah air seperti Loca B, Kaka Azraf, Tuju, Andi Bernadee, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Naim Daniel, Ismail Izzani, Aina Abdul, Faizal Tahir, Hael Husaini dan ramai lagi.

Berkonsepkan persembahan Jamming Hot LIVE boleh distrim secara langsung menerusi FB LIVE Hot FM setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 5 Oktober ini.

BARISAN artis seperti Loca B, Kaka Azraf, Tuju, Andi Bernadee, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Naim Daniel, Ismail Izzani, Aina Abdul, Faizal Tahir, Hael Husaini dan ramai lagi akan menghiburkan pendengar Hot FM menerusi Jamming Hot LIVE.

Memetik kenyataan Ketua Kandungan Hot FM, Ainul Farhana berkata, Hot FM ingin membawa interaksi mesra secara virtual antara artis dan peminat supaya peminat dapat melepaskan kerinduan kepada persembahan secara langsung artis-artis tanah air.

“Memandangkan kita berada pada era norma baharu, pihak Hot FM berharap konsert secara virtual ini dapat memberikan suasana baru dalam industri hiburan Malaysia, malah, lebih daripada itu kerana penstriman ini juga dapat ditonton oleh peminat di seluruh dunia,” kata Ainul.

Peminat dan pendengar Hot FM yang tidak mahu terlepas untuk menyaksikan Jamming Hot LIVE boleh mengikuti Facebook Hot FM.

Pendengar juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Jamming Hot LIVE menerusi laman web dan laman media sosial rasmi Hot FM, www.hotfm.com.my atau YouTube Hot TV dan Instagram/Twitter @hotfm976. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI