fbpx

Tiga lelaki samun kedai serbaneka diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga lelaki termasuk suspek utama kes samun sebuah kedai serbaneka di Pekan Sungai Way pada 20 September lalu berjaya diberkas dalam satu serbuan semalam.

Ketiga-tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Seksyen U5, Shah Alam kira-kira pukul 7 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, penahanan tersebut dilakukan susulan satu laporan polis yang dilakukan oleh pekerja sebuah kedai serbaneka pada 20 September lalu berkaitan satu kejadian samun.

Menurutnya, dalam kejadian itu seorang lelaki telah berjaya melarikan beberapa kotak rokok pelbagai jenama.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Seksyen U5 petang semalam dan berjaya menahan dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun di bahagian ruang tamu.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun. Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan merupakan suspek utama dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka 20 September lalu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek kini direman selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.-K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI