fbpx

Stor simpanan tong gas LPG tanpa lesen diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian tong gas LPG yang dirampas dalam Ops Gasak di Taman Putra Perdana, Puchong di sini semalam.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Sebuah stor di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini yang dikesan menyimpan dan menjalankan aktiviti jualan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa lesen diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam Ops Gasak di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, siasatan mendapati premis itu sentiasa tertutup dan berkunci bagi mengelakkan aktivitinya dihidu pihak berkuasa.

Menurutnya, siasatan lanjut turut mendapati premis itu beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam sejak sebulan yang lalu.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, kita merampas sebanyak 68 tong LPG Petronas berisi dan 133 lagi tong didapati kosong yang dianggarkan bernilai RM19,040.

“Pihak KPDNHEP turut merampas dua buah lori yang digunakan untuk tujuan penghantaran gas sekitar Puchong dianggarkan bernilai RM30,000 menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM 49,040,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, operasi melibatkan lima pegawai penguat kuasa itu dilakukan hasil daripada siasatan aduan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Sepang mengenai kegiatan penyimpanan gas LPG tanpa lesen.

“Ketika serbuan dibuat, pemilik premis gagal untuk mengemukakan lesen bagi menyimpan barang kawalan berjadual LPG.

“Keterangan awal suspek di lokasi kejadian memaklumkan penghantaran gas LPG itu untuk dibekalkan di sekitar bandar Puchong,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI