fbpx

Juvan singkirkan si jaguh Kerber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVAN tampil aksi cemerlang apabila berjaya membenam cabaran Kerber pada pusingan pertama Terbuka Perancis semalam.

PARIS – Pemain berusia 19 tahun, Kaja Juvan melakukan kejutan apabila berjaya menjinakkan bekas jaguh No.1 dunia, Angelique Kerber pada pusingan pertama Terbuka Perancis semalam.

Pemain remaja Slovenia, Juvan tampil cemerlang apabila meraih kemenangan straight set 6-3, 6-3 ke atas pemain pilihan No. 18 Kerber dalam tempoh satu jam 7 minit.

Tahun lalu, Juvan memulakan aksi sulung Grand Slam di Paris, namun tersingkir awal pada pusingan pertama selepas tewas kepada Sorana Cirstea.

Kekalahan tersebut tidak mematahankan semangatnya apabila menunjukkan peningkatan apabila mampu mengheret perlawanan tiga set ketika berdepan Serena Williams di Wimbledon.

“Tidak penting siapa yang saya akan lawan pada aksi kali ini. Bila saya dijadualkan berdepan pemain yang berpengalaman dan meraih banyak gelaran, saya hanya fokus pada setiap set perlawanan.

“Saya melakukan apa yang harus saya lakukan. Saya berusaha untuk tampil agresif bagi memastikan saya tidak melakukan sebarang kesilapan mudah. Pada akhirnya, saya berjaya melakukannya dan lebih manis saya hanya memerlukan dua set aksi untuk menewaskan pemain hebat seperti Kerber.

“Saya tidak gugup dan mengawal permainan dengan cukup baik. Saya gembira berjaya melangkah ke pusingan kedua. Saya harap kemenangan ini mampu melonjakkan momentum prestasi untuk pergi lebih jauh,” kata Juvan.

Dalam pada itu, Kerber akur dengan kekalahan tersebut dan mengakui Juvan merupakan pemain yang berbakat.

“Saya tidak dapat menemui rentak permainan terbaik terutama pada set pertama. Juvan bermain dengan sangat baik dan saya akur dengan kekalahan ini,” kata Kerber. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI