fbpx

Sultan Johor kurnia 10 buah Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja, HSA dikurniakan Perodua Myvi oleh Sultan Ibrahim hari ini. Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 buah kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Kurniaan Sultan Ibrahim itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada baginda dan juga keluarga diraja Johor.

Seorang Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak tahun 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Johor serta keluarga diraja Johor,” katanya di sini hari ini.

Kenderaan berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn. Bhd. di Larkin di sini oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan.

Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

“Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja Johor,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI