fbpx

Pegawai bank ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padah menunjukkan isyarat lucah, seorang pegawai bank ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Persiaran Tropicana Kota Damansara di sini semalam.

Tangkapan, lelaki berusia 39 tahun dibuat pada pukul 11.30 malam selepas dia enggan memberikan kerjasama terhadap pihak polis selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku apabila anggota yang membuat sekatan menahan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza.

“Ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan suspek yang juga penumpang e-hailing itu menunjukkan isyarat lucah selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota di lokasi.

“Pihak polis juga terpaksa menggunakan kekerasan ketika melakukan tangkapan susulan suspek bertindak agresif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI