fbpx

Tindak tanduk Anwar tidak dilihat seperti negarawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin ketika menyampaikan watikah pelantikan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Hotel Lexis, Pulau Pinang.

Oleh SAFINA RAMLI

BALIK PULAU – Tindak tanduk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa menguasai majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan Perikatan Nasional dilihat tidak melambangkan peribadi beliau sebagai seorang negarawan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, dakwaan Anwar itu boleh dianggap sebagai satu sabotaj kepada ekonomi negara kerana ia telah menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

“Yang kata dia ada sokongan dan sebagainya, saya berpandangan bukan cara seorang negarawan bercakap seperti itu.

“Ada banyak kenyataan terbuka daripada Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong beliau tetapi mereka nafikan, jadi saya tidak tahu apa langkah seterusnya. Saya juga tidak tahu apa lagi bakal dimanipulasi,” katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan penyampaian watikah pelantikan kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Hotel Lexis di sini hari ini.

Seramai 124 orang dari Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi PeKT yang akan menjadi penggerak bagi membangunkan komuniti setempat.

Sebelum ini, Anwar membuat kejutan apabila mendakwa menerima sejumlah sokongan daripada Ahli Parlimen bagi menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau turut memaklumkan sepatutnya mengadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) namun pertemuan itu terpaksa ditangguhkan kerana baginda dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, beliau turut bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat ekoran negara masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

Zuraida berkata, pada masa ini wajar untuk kerajaan yang ada melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin sehingga mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

“Kita baru dua tahun setengah, masih berusaha mengatasi Covid-19 dan ekonomi juga masih dalam fasa pemulihan jadi biarlah kerajaan buat kerja dahulu.

“Selepas tamat tempoh, parti yang minat menjadi Perdana Menteri, bertandinglah. Sekarang buat kerja, yang ingin jadi Perdana Menteri buatlah kerja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, pelantikan Pengerusi PeKT di setiap negeri juga tidak akan menyebabkan berlakunya pertindihan kuasa antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana PeKT akan melapor terus setiap aktiviti yang dilakukan kepada pihak kementerian. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI