fbpx

Bekas guru ditemui mati dipercayai terjatuh bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bekas guru ditemui pengawal keselamatan bertugas di laluan ke bangunan pusat beli-belah di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang bekas guru sekolah swasta yang mengalami masalah kemurungan ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan pusat beli-belah di Tampoi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, wanita yang berusia 26 tahun itu ditemui mati oleh petugas keselamatan yang melihat satu badan terbaring di tingkat bawah premis berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa pernah menerima rawatan psikiatri kerana masalah kemurungan dialaminya pada sebelum ini.

“Pada pukul 12.55 tengah hari semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah menerima panggilan berkenaan kejadian satu perempuan dijumpai mati yang dipercayai telah terjatuh dari bangunan.

“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah menjalankan siasatan terhadap mayat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan akan diteruskan oleh pihaknya termasuk proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi 07 556 3122. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI