fbpx

‘Jesus’ Siberia kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail 28 Ogos 2009 menunjukkan 'Jesus' Siberia duduk di atas kerusi semasa satu mesyuarat bersama pengikut di Petropavlovka, Rusia. - AFP

Bekas polis trafik Rusia hilang kerja jadi ketua ajaran sesat 

MOSCOW – Pihak berkuasa Rusia menahan seorang ketua ajaran sesat Siberia yang mendakwa dirinya jelmaan ‘Jesus’ bersama beberapa orang kanan, dalam satu operasi membabitkan tentera bersenjata dan pesawat terbang.

Jawatankuasa Siasatan yang menyiasat kes-kes jenayah serius menyatakan pihaknya sudah menahan Sergei Torop yang dikenali sebagai Vissarion dalam kalangan pengikutnya, termasuk dua pembantu.

Rakaman dikongsi pasukan penyiasat menunjukkan Vissarion, 59, berambut panjang warna kelabu dan berjambang dengan dua lelaki lain diiringi beberapa komando bertopeng dari sebuah van untuk menaiki helikopter.

Operasi di kawasan penempatan terpencil di wilayah Krasnoyarsk, Siberia membabitkan anggota perkhidmatan keselamatan FSB dan agensi penguat kuasa lain.

Torop, seorang bekas anggota polis trafik, menyatakan dia mengalami satu ‘kebangkitan’ selepas hilang pekerjaan pada 1989 pada ketika rejim komunis ateis pantas berkembang.

Pada 1991, dia mengasaskan Church of the Last Testament. Ribuan pengikut ajaran sesat Vissarion tinggal di kawasan terpencil di Siberia.

Seorang pengikut, Alexander Staroverov memuat naik beberapa rakaman video di Facebook menunjukkan beberapa helikopter tentera dan kenderaan parkir di satu kawasan ladang.

Pasukan penyiasat menyatakan Torop dan beberapa orang kanan mengumpul dana daripada pengikut serta melakukan penyeksaan emosi terhadap mereka.

Jawatankuasa Siasatan berkata, mereka bercadang mendakwa pemimpin-pemimpin ajaran sesat dengan tuduhan mengendalikan satu pertubuhan agama haram dan menyebabkan ‘ancaman terhadap dua atau lebih orang’. – AFP

BACA >> ‘Rasul Melayu’ kembali terpesong
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI