fbpx

Serai Gunung Tropika akan dieksport ke Singapura, Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serai jenis Gunung Tropika akan diproses menjadi debu sebelum ia dieksport ke Singapura dan Brunei.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Projek penanaman serai jenis Gunung Tropika yang diusahakan oleh penduduk di daerah ini bakal dieksport ke Singapura dan Brunei dalam tempoh terdekat.

Projek perintis itu diusahakan di semua halaman rumah penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan dan ia juga diusahakan secara berkelompok di kawasan Jeram Pasu.

Pengurus Koperasi Keusahawanan Penternakan dan Pertanian Kelantan Berhad, Datuk Mohd. Rozaman Yahya berkata, serai yang ditanam berpotensi untuk dieksport ke Singapura dan Brunei berikutan negara itu banyak menghasilkan minuman herba dan penghasilan produk kosmetik.

Beliau yang juga pengasas projek tanaman serai itu berkata, pihak koperasi akan memastikan daerah ini menjadi lokasi tumpuan tanaman serai secara komersil.

“Tanaman serai tidak memerlukan pengurusan yang rumit berbanding tanaman lain. Kita juga bercadang untuk membina kilang memproses serai di kawasan seluas 0.46 hektar di Cherang Tuli dan pusat penyelidikan yang kini sedang dibina di Wakaf Lichong di sini.

“Kita juga akan mewujudkan penanaman secara berkelompok di setiap kawasan DUN di daerah ini dengan modal pelaburan sebanyak RM25,000 bagi keluasan 1,524 meter persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembukaan Galeri Tanaman Halaman Rumah di Kampung Gong Serapat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Rozaman, serai jenis Gunung Tropika merupakan tumbuhan yang tahan daripada penyakit, mudah ditanam di pelbagai tekstur tanah malah saiz bilah pokok juga lebih besar berbanding serai biasa. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI