fbpx

Sukma Johor berlangsung April 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL (dua dari kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Pegawai Kewangan Johor, Datuk Abdul Rahim Nin bergambar bersama maskot rasmi Sukma Johor 2020, Jimi.

TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) Johor yang dilaporkan menelan kos ke­seluruhan sebanyak RM935.8 juta sah akan berlangsung pada April 2021 selepas tamat penganjuran Para Sukma sebulan sebelum itu.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Ter­tinggi Sukan Malaysia yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Ba­ngunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor semalam.

“Setelah meneliti pembentangan pihak sekretariat Sukma Johor, jawatankuasa bersetuju bahawa Para Sukma akan dikelolakan terlebih dahulu bermula 8 hingga 13 Mac 2021 dan kemudiannya Sukma Johor 2020 pada 2 hingga 10 April 2021.

“Ini selepas mengambil kira Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dari 1 hingga 9 Mac yang menyaksikan 171 atlet akan terlibat dalam pe­periksaan berkenaan.

“Saya dan juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan me­ngadakan mesyuarat terakhir mengenai penentuan tarikh pe­nganjuran itu secara muktamad pada Disember nanti,” kata Reezal dalam satu kenyataan semalam.

Selain medan pendedahan bakat baharu, Sukma Johor 2020 juga pentas persediaan atlet dalam memburu tempat mewaki­li negara ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Sebanyak RM467.9 juta telah dibelanjakan bagi menyiapkan fasiliti berkelas dunia serta menaik taraf kemudahan sedia ada.

Sejumlah RM325.9 juta juga telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri selain turut menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bernilai RM142 juta.

Sukma Johor menyaksikan 28 acara sukan dipertandingkan di Johor Bahru, manakala Muar menempatkan acara kanu, angkat berat dan silamban dan Kota Tinggi untuk lokasi pelayaran serta berbasikal lebuh raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI