fbpx
ZULKIFLI (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Dharshini (dua dari kanan) sebagai tanda penghargaan di SMK Danau Kota, Setapak di sini hari ini.

Dharshini ingin ke UIAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bukan beragama Islam tidak menjadi penghalang buat seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak untuk mengambil Tassawur Islam sebagai subjek elektif.

Lebih menarik, M. Dharshini sering mendapat keputusan cemerlang iaitu gred A+ dan A- setiap kali menduduki ujian bagi subjek berkenaan.

Pencapaian anak sulung daripada tiga beradik itu mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan netizen apabila dia memperoleh markah 89 peratus untuk subjek Tasawwur Islam dalam ujian diagnostik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, Zulkifli turut memberi kejutan kepada remaja tersebut dengan mengunjunginya di perpustakaan sekolah SMK Danau Kota pada pukul 3 petang tadi.

Zulkifli dalam hantaran Facebooknya merakamkan ucapan tahniah buat Dharshini selain memaklumkan remaja tersebut berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya singgah bertemu anakanda Dharshini di sekolahnya dan dalam kesempatan itu saya turut menyampaikan sedikit sumbangan buat dia dan ibunya sebagai tanda penghargaan.

“Saya doakan kecemerlangan Dharshini dalam SPM kelak,” katanya.

Difahamkan, Dharshini merupakan calon tunggal bukan Muslim di sekolahnya yang bakal menduduki Tasawwur Islam untuk SPM pada Januari depan. – K! ONLINE