fbpx

Aktiviti beli-belah sumbang 42.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Aktiviti beli-belah menyumbang sebanyak 42.1 peratus kepada perbelanjaan pelancongan domestik negara bagi tahun 2019, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, data itu diperoleh melalui penerbitan laporan Akaun Satelit Pelancongan Malaysia 2019 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Menurutnya, pembelian bahan api kenderaan serta makanan dan minuman masing-masing menyumbang 16.7 dan 15.9 peratus kepada perbelanjaan pelancongan domestik.

“Perkembangan ini menggambarkan rakyat Malaysia semakin gemar melancong dalam negara serta membuat perbelanjaan terhadap produk pelancongan tempatan.

“Trend ini juga dapat dilihat pada tahun 2020 di mana segmen pelancongan domestik kembali rancak berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang menyebabkan penutupan pintu sempadan antarabangsa oleh kerajaan bagi semua aktiviti pelancongan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI