fbpx

Permaisuri doakan Tengku Hassanal bertemu wanita bermaruah tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitip doa buat Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena hari keputeraan anakandanya yang ke-25 hari ini.

Titipan doa itu dimuat naik baginda menerusi laman Instagram, airtangan_tunkuazizah sejak pagi tadi.

“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah. Semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan, murahkan rezeki, sihat waalafiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah.

“Dan yang paling penting ditemukan dengan sebaik-baik jodoh, wanita yang solehah, beriman dan bermaruah mulia. Ini doa seorang ibu,” catat baginda di Instagram.

Pada masa sama, Tunku Azizah bersyukur kerana telah dikurniakan seorang anak seperti baginda.

“Saya bersyukur kehadrat Ilahi yang telah mengurniakan saya Hassanal, besar dah anak Mamma,” titah baginda.

Hantaran Instagram baginda itu telah mendapat lebih 25,749 tanda suka dan lebih 556 komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI