fbpx

Lima individu diburu berkait kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah-wajah individu yang dikehendaki polis berkait kes bunuh

KAJANG – Lima individu diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang disyaki akibat dipukul Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima satu laporan pada 14 Ogos lalu daripada seorang wanita memaklumkan tentang teman lelakinya dipukul sehingga mengakibatkan kematian oleh sekumpulan lelaki.

“Wanita berkenaan mendakwa, teman lelakinya yang berusia 26 tahun telah dipukul sewaktu berada di Pangsapuri Jade Hill di sini dan disahkan meninggal dunia dengan kecederaan di seluruh badan di Hospital Kajang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kecederaan ditubuh mangsa disyaki diakibatkan oleh objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, susulan maklumat yang diterima, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengesan lima individu bagi membantu siasatan kes.

“Mereka yang dicari bagi membantu siasatan kes adalah N. Vesnu atau dipanggil Visnu yang alamat terakhirnya di No. 32 Jalan Muhibah, Sg Chuah, Selangor; V.Sugumaran atau Sugu dengan alamat terakhir di No. 3 Jalan Cendana 3, Taman Cendana, Sg Chua, Kajang.

“Turut dicari adalah S.Tinakaran alamat terakhir di No. 27 Jalan 6, Taman Asa Jaya Kajang, Kajang; I.K.Guganesan atau Boy alamat terakhir di No. 111 Gelang 7, Bandar Putri, Klang dan R.Navukarasan atau Kartik alamat terakhir di No. 40 Jalan 2, Taman Semarak, Kajang,” jelas beliau.

Tambah Mohd. Zaid, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini atau individu yang dicari, boleh menyalurkannya ke mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Vekram Sinnaiah di talian 019 4737108.

“Siasatan kes dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tegas beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI