fbpx

10 ditahan lumba kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Padzli (kanan) melihat salah sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan haram yang telah diubah suai enjinnya pada sidang akhbar di Balai Trafik IPD JBS, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis menahan 10 individu termasuk seorang jurutera selepas disyaki terlibat dalam kegiatan lumba kereta haram di Jalan Mutiara Emas 5, Taman Mount Austin di sini semalam.

Dalam Operasi Samseng Jalanan pada pukul 11 malam itu, kesemua individu diberkas terdiri daripada lapan pemilik kereta dan dua pemilik bengkel berusia 22 hingga 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS.

“Dalam operasi itu, kita berjaya menahan 10 lelaki termasuk dua pemilik bengkel yang berusia antara 22 hingga 32 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba kereta haram terbabit.

“Hasil risikan dan siasatan kita mendapati kumpulan ini disyaki sudah melakukan kegiatan itu sejak dua minggu lalu di jalan berkenaan sehingga mengundang bahaya serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Balai Trafik IPD JBS di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, pihaknya turut menyita 10 buah kereta termasuk jenis Mitsubishi Lancer Evolution, Honda Civic serta Honda City.

Katanya, sebanyak sembilan saman Pol 257 dikeluarkan atas 15 kesalahan semasa operasi dijalankan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI