fbpx
Kia Seltos kini boleh ditempah di bilik pameran terpilih.

Kia Seltos serba baharu dibuka untuk tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengedar rasmi kenderaan Kia, Naza Kia Malaysia kini membuka tempahan bagi Kia Seltos serba baharu di bilik pameran terpilih.

Naza Kia Malaysia dalam satu kenyataan berkata, jentera itu didatangkan dalam dua varian iaitu EX dan GT Line, dengan kedua-dua model tersebut boleh didapati dalam warna Glacier White Pearl (putih) dan Gravity Grey (kelabu).

Katanya, trim varian EX juga didatangkan dengan warna Intense Red (merah) manakala Intelligency Blue (biru) eksklusif bagi trim GT Line.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan melihat dan maklumat lanjut mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) itu selain produk lain ditawarkan boleh mengunjungi bilik pameran terpilih kami di seluruh negara sebagaimana tertera di laman web https://bit.ly/3igB8RJ.

“Kedua-dua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun oleh pengilang. Dapatkan maklumat terkini mengenai tarikh pelancaran Kia Seltos serba baharu di laman Facebook Kia Malaysia https://www.facebook.com/kiamalaysia/,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE