PETALING JAYA – Tangisan seorang pemuda yang sebak menangis sewaktu mendoakan adik perempuannya yang telah meninggal dunia mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.
Pemuda tersebut merupakan abang sulung kepada seorang kanak-kanak, Nur Khalishah Zahra Moha Khalib, 11, yang menghembuskan nafas terakhir di Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Video pemuda itu menangis ketika berdoa dikongsikan pihak pengurusan jenazah Mr Wan Cai menerusi media sosial serta mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.
Pada video itu, abang kepada kanak-kanak tersebut turut ditenangkan bapa mereka yang memeluknya selepas membacakan doa.
“Abang sulong kepada anak syurga Nur Khalishah Zahra tidak dapat menahan sebak sewaktu membaca doa untuk adiknya,” menurut kapsyen pada video Mr Wan Cai.
Sementara itu, orang ramai turut mendoakan arwah serta keluarganya dalam menerima ujian berkenaan.
“Salam takziah, memang sakit untuk terima kehilangan orang yang kita sayang. Harap tuan bersabar dan tabah hadapi ujian ini,” komen pengguna TikTok Mazilah05.
“Arwah punya abang yang sangat hebat. Moga dia tarik tangan abang dia sekali masuk syurga bersama-sama,” komen Kikilala.
“Mesti arwah rapat dengan abangnya,” kata seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@mrwancaiofficial77 Abang sulong kepada anak syurga Nur Khalishah Zahra tidak dapat menahan sebak sewaktu membaca doa untuk adiknya😠#BidadariSyurga11Tahun #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – balqiss_imbelongtoawc






