fbpx

Mbappe tinggalkan skuad Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) diarah meninggalkan kem Perancis selepas dia didapati positif Covid-19 selepas ujian dilakukan oleh UEFA. – AFP

LONDON – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe disahkan positif ujian Covid-19 sekaligus terpaksa meninggalkan kem skuad kebangsaan Perancis sehari sebelum pertemuan mereka dengan Croatia dalam Liga Negara-Negara Eropah.

Pemain berusia 21 tahun itu dijangka terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Lens, Marseille, Metz dan Nice sepanjang tempoh kuarantin.

Penyerang PSG itu menjaringkan gol ketika menentang Sweden pada Sabtu lalu dan meraikan kejayaan tersebut bersama rakan-rakan sepasukan yang lain.

“Mbappe tidak akan menyertai pasukan Perancis ketika pertemuan dengan Croatia nanti. Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah menjalankan ujian Covid-19 dan Mbappe didapati positif.

“Dia (Mbappe) kini diasingkan daripada pasukan dan akan menjalani proses kuarantin,” kata pasukan tersebut dalam satu kenyataan.

Penjaga gol, Steve Mandanda, dan pemain tengah, Houssem Aouar, terlebih dahulu meninggalkan skuad kebangsaan Perancis kerana turut didapati positif ujian berkenaan.

Beberapa pemain ternama sebelum ini disahkan positif Co­vid-19 antaranya Neymar, Marquinhos, Keylor Navas, Angel Di Maria, Mauro Icardi dan Leandro Paredes. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI