fbpx

Dua ‘Datuk’ direman siasatan projek RM800 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek yang lengkap dengan pakaian lokap SPRM berbincang dengan peguam-peguam mereka di luar Mahkamah Majistret Kuching hari ini.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

KUCHING – Dua pengarah syarikat pembinaan direman selama dua hari untuk membantu siasatan kes tuntutan palsu berhubung pelaksanaan 10 projek naik taraf jalan berjumlah RM800 juta di pedalaman Sarawak.

Kedua-dua individu yang membawa gelaran ‘Datuk’ itu masing-masing berusia 42 dan 44 tahun, direman bermula hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengeluarkan perintah reman tersebut berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kedua-dua individu tersebut telah ditahan dalam satu operasi khas di sini semalam.

Menurut sumber SPRM yang dilaporkan oleh berita tempatan, tuntutan kes melibatkan 10 projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dikenali sebagai ‘Projek Jiwa Murni’ di bawah Kementerian Pertahanan.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 16 (b), 17 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI