fbpx

Dakwaan isu judi di Sungai Buloh tidak tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asri Janggut. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Polis menegaskan dakwaan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid mengenai kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh baru-baru ini tidak tepat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, dakwaan itu dikatakan tidak tepat selepas meneliti laporan yang disiapkan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Katanya, berdasarkan laporan JIPS tiada unsur pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh terlibat dalam kegiatan berkenaan.

“Saya sudah teliti laporan itu dan beberapa perkara dibangkitkan dalam video itu kurang tepat.

“Penguatkuasaan kegiatan judi oleh IPD Sungai Buloh itu dilakukan dengan giatnya, namun ada beberapa kelemahan dikenal pasti dalam kalangan anggota, namun ia bukan kelemahan besar,” katanya kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras hari ini.

Pada 9 Ogos lalu, seorang individu dikenali sebagai Asri Janggut membuat siaran langsung di Facebook mendedahkan kegiatan perjudian haram di daerah Sungai Buloh.

Mohd. Asri Hamid, 42, yang juga pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia kemudian tular di media sosial.

Pendedahan dilakukan Asri Janggut itu juga mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum mereka berdua bertemu di Bukit Aman dipercayai berbincang mengenai isu sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI