fbpx

Kerajaan Selangor akan rujuk kes Sungai Gong dengan Jabatan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI premis jentera berat yang ditutup kerana menyebabkan pencemaran bau di Sungai Gong baru-baru ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan merujuk kes pencemaran Sungai Gong, Khamis lalu kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan berhubung dengan jabatan tersebut dalam kes berkenaan serta kes pencemaran sungai yang berlaku di Bestari Jaya pada Mac lalu.

“Pagi ini saya telah bertemu dengan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Salim Soib, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir. Hashim Osman dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nor Aziah Jaafar.

“Kerajaan negeri akan berhubung dengan pihak Jabatan Peguam Negara untuk memperinci serta mengemaskini pelaporan berkenaan insiden pencemaran sungai di Selangor termasuk kes yang terbaharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin menzahirkan penghargaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kerana memberikan maklum balas terhadap kenyataannya semalam, yang menyatakan jabatan tersebut tidak dirujuk oleh kerajaan Selangor berhubung kes yang berlaku, Mac lalu.

Semalam, Idrus menafikan dakwaan Amirudin bahawa Jabatan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan selepas kerajaan negeri selesai menyiasat kes pencemaran air pada April lalu.

Idrus menegaskan, Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI