fbpx

SPRM buka siasatan kes skandal tanah di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu siasatan akan dijalankan terhadap isu pemberian tanah seluas 1,200 hektar di negeri Perak dipercayai untuk pembangunan ladang hutan yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, untuk itu pihaknya berharap semua pihak memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional.

“Aduan berhubung isu skandal tanah di Perak susulan tersebar surat bertajuk ‘surat karam’ di media sosial baru-baru ini diterima daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di Ipoh petang tadi.

“SPRM mengesahkan bahawa satu siasatan akan dijalankan terhadap aduan ini dan berharap semua pihak untuk tidak mengulas lanjut serta memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Putra membuat laporan kepada SPRM berhubung pemberian tanah seluas 1,200 hektar di negeri Perak untuk pembangunan ladang hutan yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata laporan itu dibuat susulan tular surat bertajuk ‘surat karam’ di media sosial memaparkan beberapa projek penerokaan hutan melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI