fbpx

Bekas tentera diseru berdaftar dengan JHEV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasanuddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bekas tentera selepas merasmikan Mesyuarat Agung kedua Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Perak di Bukit Merah Laketown Resort semalam.

Oleh ZAKI SALLEH

BUKIT MERAH – Sikap ambil mudah tentang soal kebajikan dalam kalangan bekas tentera wajar diubah selain perlu ambil peduli tentang hak mereka sepertimana ditetapkan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM).

Pengarah JHEV ATM Perak, Mejar Hasanuddin Othman berkata, ini berikutan ada segelintir bekas tentera yang mendakwa nasib mereka diabaikan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ini kerana masih ramai dalam kalangan bekas tentera tidak berhubungan dengan JHEV walaupun kita sentiasa membuat makluman menerusi media seperti akhbar dan televisyen, namun ramai meminggirkan diri enggan menyertai persatuan.

“Pada masa sama, JHEV Perak turut aktif menjejak bekas-bekas pesara tentera kerana dengan cara ini ia akan memudahkan kita membantu mereka apabila diperlukan,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir merasmikan Mesyuarat Agung kedua Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Perak di Dewan Sebarau, Bukit Merah Laketown Resort di sini semalam.

Hadir sama Pemangku Pengerusi PVTUDM Perak, Shahrin Osman.

PVTUDM kini mempunyai kira-kira 400 ahli yang aktif seluruh Perak dan masih giat mengesan lebih ramai bekas tentera sebagai usaha untuk terus membantu mereka.

Mengulas lanjut kata Hasanudin, JHEV menyediakan pelbagai kemudahan kebajikan kepada bekas tentera, justeru mereka perlulah berdaftar dan aktif dalam persatuan.

“Pada 1 September lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukkan khas untuk membantu anak-anak bekas anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta terpilih dengan bantuan sekali bayar sebanyak RM1,000 bagi diploma dan RM1,500 untuk ijazah,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI