fbpx

MetMalaysia uji siren tsunami di Perlis, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melakukan ujian ke atas siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan ujian tersebut melibatkan dua kawasan iaitu Kuala Perlis, Perlis dan Putatan, Sabah.

Justeru katanya, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

Met Malaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI